Saturday, September 24, 2011

Surat istimewa dari sahabat ^_^


Assalamualaikum,kepada pembace2 yg x seberapa setia nie...ade satu cerita ringkas padat dan bersastera sedikit...dah lama nak update nie,tapi bar skang dapat sebab ari tu terjumpe..tajuk ye>>>Aku Ingin Biar Engkau Tetap Mewangi Di Kamar Hati oleh Nur Balqis(jumpe surat lama dia mase raye hari tu kat dalam box lame ku...

Wangi dari kepak doa suci yg dilantukan
oleh si pemuja-Mu,
seperti bunga rindu
yang berkembang mekar untuk
kekasih tak menemukan jalan buntu
menjadi lambang kasih sayang yang
begitu bening dan biru

Hati tenggelam dalam lautan
ketenangan...

untuk kau,kawan baik aku...
dari Nur Balqis ~

sikit je dia tulis,tapi maknanya sampai sekarang aku nak tafsirkan payah...i need my old teacher  untuk mentranslatekan maksud nie..huhu
anyway i miss arwah very much,Al-Fatihah for her..=_=

Sekian,Wassalam ~ pemudebiase,just thinking in silently ^_^

Wednesday, September 21, 2011

Jiwaku Terasa Kosong?


Duhai insan,
Jiwamu terasa kosong?
Perlu peneman,
Kekasih hati yang prihatin,
Pengisi jiwa ragamu itu.
Tapi tahukah kamu,
Cinta yang kamu dambakan itu menyakitkan.
Sering pula ia mengecewakan,
Selagi dia belum halal untukmu,
Selagi itu ia menyeksakan jiwamu.
Kamu dan dia belum ada ikatan,
Itu hakikat!
Meletakkan harapan...
Hanya bakal mengundang kekecewaan demi kekecewaan,
Kerana semuanya, masih tiada kepastian.
Hatimu kosong?
Isikanlah hatimu itu,
Jangan biar kekosongan menyelubung dirimu,
Berimanlah.
Yakinilah.
Bahawa Dia itu sentiasa dekat,
Amat-amat dekat,
Amat amat amat dekat.
Dia tahu kamu sedang berduka,
Dia Maha Tahu betapa berat ujian yang menimpa,
Dia mendengar segala rintih jiwamu itu,
Dirimu itu milik-Nya,
Dan pada-Nya jua ada pengubat jiwamu yang lara.
Isi hatimu...
Dengan cinta-Nya,
Syukurmu atas nikmat-nikmat yang kamu peroleh tidak terhitung jumlahnya.
Pengharapan yang kamu gantung hanya pada-Nya.
Sungguh,
Ia dapat menenangkan jiwa,
Setenang-tenangnya.
Bertawakkallah kepada-Nya
Yakinlah,
Dia punyai aturan untukmu,
Dan pastinya ia yang terbaik!
Sedang manusia itu hanya mampu bersangka-sangka...
Duhai insan,
Isi hati kecilmu itu...
Kerana sesungguhnya Dia sentiasa ada...!
selalu sangat org cakap camtu,jiwa kosong la ape la,tapi cuba isi dengan zikir serta selawat or solat tahajjud setiap malam..confirm jiwa tenang dan menangis tak berlagu punye ^_^
Sekian,Wassalam>>Pemuda Biase™ alwayz silent with deep thinking ~

Tuesday, September 20, 2011

Sang Hati :)

Assalamualaikum...selamat malam bagi yg bace memalam ngan selamat pagi bagi bace pepagi nanti..haha...owh ye chaya nie,,nah puisi Sang Hati..bace puas2 ye...^_^


Sang Hati ~

Wahai sang hati...
Andai engkau mengetahui betapa hebat aturan-Nya,
Pasti engkau akan sabar pada pukulan pertama di atas badai yang melanda dirimu,
Pasti engkau akan redha di atas setiap percaturan-Nya,
Pasti engkau akan yakin dan percaya akan setiap tindakan-Nya ke atasmu hamba yang lemah lagi hina.


Kadangkala kita terlalu inginkan sesuatu,
Tetapi Dia lebih mengetahui,
Kerana barangkali apa yang engkau suka itu tidak baik bagimu,
Dan barangkali sesuatu yang engkau tidak suka itu baik bagimu,
Hebatnya perancangan Rabbul Izzati.


Aduhai kalbu...
Nalurimu meraung-raung sekuat hati demi menggapai secebis keinginanmu,
Dan apabila kau berjaya untuk mendapatkannya,
Kau jadi lupa kepada yang memberikanmu nikmat itu,
Maka kau layari bahtera yang terumbang-ambing itu demi kepuasan dirimu,
Malangnya tiba suatu masa,
Engkau tersungkur di persada jalanan dek kerana terlalu ghairah mengejar duniawi,
Tatkala itu barulah engkau mula mengenal sang Pencipta...


nukilan Pemuda Biase untuk semua ^_^

Sunday, September 18, 2011

Pencinta ^_^

Assalamualaikum,selamat malam cik kipas(harap dia dengar,, ^_^)
pernah suatu ketika,ditanye tentang cinta..aku gelabah gak nak jawab camne...fikir punya fikir..dapat la satu konklusi dalam bentuk kata bermakna>>>>Cinta datang kepada mereka yang masih berharap sekalipun pernah dikecewakan, kepada mereka yang masih percaya sekalipun pernah dikhianati, kepada mereka yang masih mencintai sekalipun pernah disakiti hatinya.

dan nie special untuk mengingati kawanku arwah nur balqis :') >>>>Waktu kamu lahir, kamu menangis dan orang-orang di sekelilingmu tersenyum – 


jalanilah hidupmu sehingga pada waktu kamu meninggal, kamu tersenyum dan 


orang-orang di sekelilingmu menangis.

miss cik nur balqis huhu<<


sekian,nukilan pemuda biase untuk sume..^_^

Friday, September 16, 2011

HAAISHH !!! =_="

I miss that moment..huhu,camne erk nak wat?
ikutkan hati panjat bumbung then baring waktu hujan petang nie,,
Phone berdering-dering lagu OST Selamat PAgi Cinta dibiarkan begitu sahaje..
termenung katakan.. berfalsafah lagi jawabnya.... sambung termenung lagi depan Facebook™ ^_^
Pemuda_Biase>>alwayz give a smile and termenung with a lot of think about anything :)

Sunday, September 11, 2011

Second puisi :)


Aduhai kalbu...
Nalurimu meraung-raung sekuat hati demi menggapai secebis keinginanmu,
Dan apabila kau berjaya untuk mendapatkannya,
Kau jadi lupa kepada yang memberikanmu nikmat itu,
Maka kau layari bahtera yang terumbang-ambing itu demi kepuasan dirimu,
Malangnya tiba suatu masa,
Engkau tersungkur di persada jalanan dek kerana terlalu ghairah mengejar duniawi,
Tatkala itu barulah engkau mula mengenal sang Pencipta.


Jatuh tersungkur itu bukan buat selama-lamanya,
Namun itulah api yang menyemarakkan nyalaan obor hatimu,
Itulah perisai diri yang mula untuk memagari dirimu,
Tatkala itu pasti engkau terkedu seketika,
Betapa pintu pengampunan-Nya masih terbuka luas buatmu.


Wanita solehah idaman semua...
Untuk merealisasikannya bukan satu perkara yang mudah,
Tetapi ia sama sekali tidaklah mustahil,
Ayuh kita menjadi seindah mawar berduri.


last post..sebab nak berhenti jap dari berkarya..huhu,letih ooo nak fikir tentang itu dan ini..hehe :)
Salam Dari Pemuda Biase :) suke termenung tapi banyak berfikir..hehe :D

Puisi Wahai Sang Hati

Duhai hati...
Mengapa perlu engkau bersedih?
Mengapa perlu engkau tangisi sesuatu yang sudah bukan lagi milikmu?
Mengapa engkau selalu memikirkan tentang sesuatu yang bukan merupakan hal ehwal urusanmu?
Mengapa engkau selalu mahu menyalahi takdir?
Mengapa engkau selalu sukar menerima hakikat realiti?
Mengapa engkau sukar mengerti dan memahami apa yang sedang berlaku?

Wahai sang hati...
Andai engkau mengetahui betapa hebat aturan-Nya,
Pasti engkau akan sabar pada pukulan pertama di atas badai yang melanda dirimu,
Pasti engkau akan redha di atas setiap percaturan-Nya,
Pasti engkau akan yakin dan percaya akan setiap tindakan-Nya ke atasmu hamba yang lemah lagi hina.

Saturday, September 10, 2011

Belajar Terima Semula oleh Pemuda Biase


Hidup ini semakin hari semakin banyak pula dugaan. Dugaan semalam belum lagi tamat, datang pula dugaan dan cubaan pada hari ini. Namun, sebenarnya tanpa kita sedari dugaan tersebut sebenarnya telah mengajar kita. Mengajar kita erti menerima.


Setiap anak Adam di atas muka bumi ini telah ditentukan Allah ajalnya, rezekinya, jodohnya dan menjadi orang yang sengsara ataupun sebaliknya sejak azali lagi. Sebagai contoh:


Hari ini Aminah makan nasi goreng dan air laici, malamnya pula Aminah makan mee goreng dan air masak. Jadi, di sinilah ketentuan Allah bahawa rezeki Aminah dari segi makanan, minuman dan sebgainya telah ditetapkan baginya.


Begitu juga rezeki dari segi Belajar. Sebagai contoh: Aminah merupakan pelajar SK. Fakeh Abdul Samad, setelah itu dia melanjutkan pelajaran ke SMK. Seri Mahkota. Kemudian tamat sahaja SPM, dia melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan dan kemudian menyambung pelajaran ke Universiti Malaysia Terengganu. Ini semua merupakan ketetapan Allah kepada setiap hamba-Nya. Suatu ketentuan yang telah ditetapkan sejak azali lagi.


Ketika Aminah di sekolah, matriks dan universiti banyak pula cabaran dan dugaan yang diberikan Allah sesuai dengan kesanggupannya. Segala dugaan dan cabaran yang ditempuhi haruslah diiringi dengan kesabaran dan kecekalan. Bagaimana untuk menerbitkan rasa sabar?


Rasa sabar insya-Allah dapat dilahirkan apabila seseorang itu belajar untuk menerima. Belajar untuk menerima segala ketentuan Allah. Apabila seseorang itu menerima segala dugaan Allah dengan sabar. Maka ganjaran yang besar akan diperolehi di dunia bahkan ganjaran yang sangat besar di Akhirat.


Usahlah khuatir, kerana Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hamba-Nya. Segala kesusahan yang kita hadapi moga dapat memberi suatu hasil yang lumayan di dunia dan di Akhirat kelak.


"Bersama kesusahan ada kesenangan, sesungguhnya bersama kesulitan ada kesenangan." [al-Insyirah, ayat 5 dan 6]


Usaha, Doa, Tawakal dan Redha


Bagaikan suatu formula pula. Usaha + Doa + Tawakal + Redha = TENANG. Sudah pasti ketenangan dapat dihasilkan apabila menggunakan bahan-bahan seperti Usaha, tanpa usaha kita tidak mungkin berjaya (dengan izin-Nya), kerana Allah tidak menyukai hamba-Nya yang selalu berdoa tetapi langsung tidak berusaha, sebagai contoh:


Ali sangat lapar ketika itu, dia terus berdoa kepada Allah agar memberinya makanan. Namun begitu, dia langsung tidak berusaha untuk mendapatkan makanan.


Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum itu melainkan dia berusaha untuk mengubahnya sendiri. Ya, USAHA!


Doa merupakan senjata orang Mukmin, berdoalah dan jangan sombong! Allah tidak menyukai hamba-Nya yang sombong iaitu yang selepas selesai solat, langsung tidak berdoa meminta kepada Allah.


Setelah kita masukkan bahan usaha + doa, kita campurkan pula ramuan Tawakal. Tawakal bererti berserah kepada Allah.


Bahan yang terakhir adalah Redha, sebagai contoh apabila seseorang itu memperoleh keputusan peperiksaan yang tidak cemerlang, seharusnya dia redha, walaupun dia sudah berusaha dan berdoa sehabis mungkin. Bersangka baiklah pada Allah S.W.T kerana Dia lebih mengenali diri kita berbanding, kita mengenali diri sendiri. Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hamba-Nya.


Maka,apabila kita redha. Bahan-bahan tersebut telah membuatkan kita mencapai tahap REDHA.
Insya-Allah


Wallahualam

Friday, September 9, 2011

Kawan Terbaekk! :)


Assalamualaikum semua~ lama sudah tidak di’update’kan blog ini…hehe :D
Selamat Hari Raya! Maaf Zahir serta Batin.. boleh dikatakan sederhana sahaja lebaran tahun ini disambut… selalu petang-petang Jumaat ni,ade la 2-3 org rajin telefon aku..tanya kabar,sms,miss call pun ade..
Tapi..kini phone aku tidak semeriah dulu yg penuh dengan Miss Call atau SMS..
Aku pun rase malas nak SMS atau Call org kecuali penting sahaje..=_=”

Termenung,itu je la boleh dikatakan setiap hari aku buat tatkala tidak buat apa-2..
Untung la siapa ada awek/pakwe…hari2 aku tengok member aku bergayut ngan awek ye sahaja…jealous gak la aku tengok,tapi aku sudah berubah..mulai sekarang no more couple or Islamik couple or anything la..bukan ape,,ada sebab aku diamkan diri dari dunia bercinta ini.. [^_^]

Aku selalu termenung dan mencari cara hilangkan kebosanan nie..iaitu berkarya atau berkata-hikmah..selalu sangat post kat Facebook kata2 hikmah atau nasihat..
Ada sebuah puisi untuk petang Jumaat yg indah nie..

Dikau Pergi-Pemuda Biase

Ya..
Tatkala dikau terbang tinggi
menerjah langit Ilahi
demi cita dan niat suci

Cuba kau lihat ke bawah

Pasti kau lihat aku
masih terpaku di sini
dengan misi dan visi
yang tidak aku solusi
Kau sangka aku
masih sama
tanpa revolusi.

Benar sekali
Sikit pun tidak ku nafi.

Aku masih berdiri di sini.

Oh tidak mungkin.
Aku hampir tersungkur
Melihat dikau pergi
Meninggalkanku sendiri

Sepi tanpa kata
Termenung ingat kisah lama.
Siapa la aku jika dibandingkan,
Bidadari di syurga,
Yg lebih layak didampingi,
Orang soleh dan muslim sejati..

Kini termenung lagi
Terus berpuisi dan bersenandung
Mengingatkan diri
Jangan jatuh tersadung,
Mengejar yang tidak pasti…


^_^ senyum pada takdirNya,Insya’Allah takdir akan tersenyum pada kamu jua…

kenangan aku bersama kawan lama menggamit memori,, :(:(  setelah 3 tahun dia meninggalkan aku,terasa baru semalam jumpa dia~ sayu ye hati mengenangkan si dia yg gembira dalam duka suatu ketika dahulu...

Dia yang bernama Siti Nur Balqis, sebaya dengan aku jika masuk tahun ini..
Perkenalan sewaktu tingkatan 1 kini terimbas semula…

Cara kami berjumpa dengan kejadian berlanggar dekat hujung koridor bangunan sekolah.. berlanggar bukan ye slow tapi kuat gila sampai aku terhantuk kepala ngan kepala dia..haha :D kelakar betull..

Lepas terlanggar tu,ape lagi marah2 la cik Balqis nie kat aku..
Aku pun tak boleh tahan,maki hamun la minah nie…
Kawan masing-masing ape lagi tenangkan kitorang la…

Next day sekolah,aku terserempak dengan dia..muka masing-masing rasa bersalah nak minta maaf..aku nak pergi kat dia yg dekat depan koperasi..tiba-tiba je,member aku pula ajak pergi library…haish,dia pun pandang aku macam berharap dapat jumpa say I’m sorry for my mistakes..=_=”

Balik sekolah je,aku jumpa dia kat depan sekolah..aku cakap”hey kau,aku minta maaf semalam terlanggar kau”… dia balas “ha’ah, aku pun sama nak mintak maaf..”
Aku dengan dia bersembang-sembang la sambil masing-masing menunggu parents datang ambil kitorang.. :)

Haha,boleh dikatakan hampir setiap hari aku aku balik dengan dia..
Sampai satu hari waktu rehat, dia baru lepas practice lumba lari 100m..
Dia pengsan masa dekat penamat..member cakap dekat aku,masa tu aku kat library..risau aku dengar dia pengsan kat padang tu..


Dia ada asma rupanya,aku tanya dia “Kenapa Qis lari kalau dah tau ada asma?”
Luqman, ingat Qis nie lemah tak terdaya ke? Dulu memang hobi berlari-lari kat padang setiap pagi… berlari nie macam nikmat tau,umpama bebas gitu…walaupun Qis tau ada risikonya,tetap mahu lari juga…

Aku tersenyum mendengar dia cakap macam tu..dia pun senyum manis..:)

Waktu Tingkatan 3..dia cakap nak pindah sebab ikut ayahnya pergi Johor,ada urusan keluarga katanya…biar betul Qis? Nak PMR da kot..
Dia jawab: “Betul la Luqman,memang sedih la kita tak jumpa lagi nanti…selalu balik sama-sama,lepak pun sama-sama dengan kawan-kawan kita..semua tu kenangan kita..jangan risau la ye,sampai je sana nanti Qis call la ye..” dia mengukir senyuman :) dan bagi aku sebuah penanda yg berjahit nama aku Amir_Luqman..aku ucap terima kasih pada dia..:):)

Selang beberapa hari,dia berangkat ke Johor..aku sempat mengucapkan selamat tinggal pada dia..dia cakap kat aku, “Luqman,sepanjang kita berkenalan 3 tahun nie..Qis nak Luqman tau, Qis sayangkan Luqman sebagai kawan rapat..Luqman la kawan Qis yg terbaik pernah Qis jumpa,sepanjang ketiadaan Qis nie jangan la sedih sangat,mungkin suatu hari nanti kita akan berjumpa..Insya’Allah…selamat tinggal Luqman~ jaga diri jangan lupakan kita tau” :( menangis dia dalam kereta tu…aku pandang hiba je,,haish macam kekasih berpisah pula...

2minggu lepas kitorang PMR,aku dapat call dari mak dia.. Mak dia cakap,Qis kemalangan! Hati aku bagai direntap! Qis meninggal di tempat kejadian..dia kena langgar lori waktu balik sekolah dengan ayahnya..Mengalir air mata aku bagai tak percaya :’(… kawan rapat sekolah yg baru 2 minggu tinggalkan aku telah pergi buat selama-lamanya..

Kata-kata dia sebelum dia berangkat ke sana tergiang-ngiang semula di kotak fikiran aku…bertambah hiba aku apabila kenangan bersama arwah bermain-main semula difikiran…,kawan-kawan aku banyak beri kata semangat kat aku..sabar dah memang ajal dia..Tuhan lebih sayangkan dia..

Itulah sahabat terbaik aku,Siti Nur Balqis Binti Azam dalam kenangan 1993-2008 Al-Fatihah untuk dia… gambar dia maybe aku upload next post ke :)

Wassalam
Dari Pemuda Biasa

Selalu termenung tapi banyak berfkir dan suka berkarya.. :):):):)