Assalamualaikum
semua~ lama sudah tidak di’update’kan blog ini…hehe :D
Selamat Hari Raya!
Maaf Zahir serta Batin.. boleh dikatakan sederhana sahaja lebaran tahun ini
disambut… selalu petang-petang Jumaat ni,ade la 2-3 org rajin telefon
aku..tanya kabar,sms,miss call pun ade..
Tapi..kini phone aku
tidak semeriah dulu yg penuh dengan Miss Call atau SMS..
Aku pun rase malas
nak SMS atau Call org kecuali penting sahaje..=_=”
Termenung,itu je la
boleh dikatakan setiap hari aku buat tatkala tidak buat apa-2..
Untung la siapa ada
awek/pakwe…hari2 aku tengok member aku bergayut ngan awek ye sahaja…jealous gak
la aku tengok,tapi aku sudah berubah..mulai sekarang no more couple or Islamik
couple or anything la..bukan ape,,ada sebab aku diamkan diri dari dunia
bercinta ini.. [^_^]
Aku selalu termenung
dan mencari cara hilangkan kebosanan nie..iaitu berkarya atau
berkata-hikmah..selalu sangat post kat Facebook kata2 hikmah atau nasihat..
Ada sebuah puisi
untuk petang Jumaat yg indah nie..
Dikau Pergi-Pemuda
Biase
Ya..
Tatkala dikau terbang
tinggi
menerjah langit Ilahi
demi cita dan niat
suci
Cuba kau lihat ke
bawah
Pasti kau lihat aku
masih terpaku di sini
dengan misi dan visi
yang tidak aku solusi
Kau sangka aku
masih sama
tanpa revolusi.
Benar sekali
Sikit pun tidak ku
nafi.
Aku masih berdiri di
sini.
Oh tidak mungkin.
Aku hampir tersungkur
Melihat dikau pergi
Meninggalkanku
sendiri
Sepi tanpa kata
Termenung ingat kisah
lama.
Siapa la aku jika
dibandingkan,
Bidadari di syurga,
Yg lebih layak
didampingi,
Orang soleh dan
muslim sejati..
Kini termenung lagi
Terus berpuisi dan
bersenandung
Mengingatkan diri
Jangan jatuh
tersadung,
Mengejar yang tidak
pasti…
^_^ senyum pada takdirNya,Insya’Allah
takdir akan tersenyum pada kamu jua…
kenangan aku bersama
kawan lama menggamit memori,, :(:(
setelah 3 tahun dia meninggalkan aku,terasa baru semalam jumpa dia~ sayu
ye hati mengenangkan si dia yg gembira dalam duka suatu ketika dahulu...
Dia yang bernama Siti
Nur Balqis, sebaya dengan aku jika masuk tahun ini..
Perkenalan sewaktu
tingkatan 1 kini terimbas semula…
Cara kami berjumpa
dengan kejadian berlanggar dekat hujung koridor bangunan sekolah.. berlanggar
bukan ye slow tapi kuat gila sampai aku terhantuk kepala ngan kepala dia..haha
:D kelakar betull..
Lepas terlanggar
tu,ape lagi marah2 la cik Balqis nie kat aku..
Aku pun tak boleh
tahan,maki hamun la minah nie…
Kawan masing-masing
ape lagi tenangkan kitorang la…
Next day sekolah,aku
terserempak dengan dia..muka masing-masing rasa bersalah nak minta maaf..aku
nak pergi kat dia yg dekat depan koperasi..tiba-tiba je,member aku pula ajak
pergi library…haish,dia pun pandang aku macam berharap dapat jumpa say I’m
sorry for my mistakes..=_=”
Balik sekolah je,aku
jumpa dia kat depan sekolah..aku cakap”hey kau,aku minta maaf semalam
terlanggar kau”… dia balas “ha’ah, aku pun sama nak mintak maaf..”
Aku dengan dia
bersembang-sembang la sambil masing-masing menunggu parents datang ambil kitorang..
:)
Haha,boleh dikatakan
hampir setiap hari aku aku balik dengan dia..
Sampai satu hari
waktu rehat, dia baru lepas practice lumba lari 100m..
Dia pengsan masa
dekat penamat..member cakap dekat aku,masa tu aku kat library..risau aku dengar
dia pengsan kat padang tu..
Dia ada asma
rupanya,aku tanya dia “Kenapa Qis lari kalau dah tau ada asma?”
Luqman, ingat Qis nie
lemah tak terdaya ke? Dulu memang hobi berlari-lari kat padang setiap pagi…
berlari nie macam nikmat tau,umpama bebas gitu…walaupun Qis tau ada
risikonya,tetap mahu lari juga…
Aku tersenyum
mendengar dia cakap macam tu..dia pun senyum manis..:)
Waktu Tingkatan
3..dia cakap nak pindah sebab ikut ayahnya pergi Johor,ada urusan keluarga
katanya…biar betul Qis? Nak PMR da kot..
Dia jawab: “Betul la
Luqman,memang sedih la kita tak jumpa lagi nanti…selalu balik sama-sama,lepak
pun sama-sama dengan kawan-kawan kita..semua tu kenangan kita..jangan risau la
ye,sampai je sana nanti Qis call la ye..” dia mengukir senyuman :) dan bagi aku
sebuah penanda yg berjahit nama aku Amir_Luqman..aku ucap terima kasih pada
dia..:):)
Selang beberapa
hari,dia berangkat ke Johor..aku sempat mengucapkan selamat tinggal pada
dia..dia cakap kat aku, “Luqman,sepanjang kita berkenalan 3 tahun nie..Qis nak
Luqman tau, Qis sayangkan Luqman sebagai kawan rapat..Luqman la kawan Qis yg
terbaik pernah Qis jumpa,sepanjang ketiadaan Qis nie jangan la sedih
sangat,mungkin suatu hari nanti kita akan berjumpa..Insya’Allah…selamat tinggal
Luqman~ jaga diri jangan lupakan kita tau” :( menangis dia dalam kereta tu…aku
pandang hiba je,,haish macam kekasih berpisah pula...
2minggu lepas
kitorang PMR,aku dapat call dari mak dia.. Mak dia cakap,Qis kemalangan! Hati
aku bagai direntap! Qis meninggal di tempat kejadian..dia kena langgar lori
waktu balik sekolah dengan ayahnya..Mengalir air mata aku bagai tak percaya
:’(… kawan rapat sekolah yg baru 2 minggu tinggalkan aku telah pergi buat
selama-lamanya..
Kata-kata dia sebelum
dia berangkat ke sana tergiang-ngiang semula di kotak fikiran aku…bertambah
hiba aku apabila kenangan bersama arwah bermain-main semula
difikiran…,kawan-kawan aku banyak beri kata semangat kat aku..sabar dah memang
ajal dia..Tuhan lebih sayangkan dia..
Itulah sahabat
terbaik aku,Siti Nur Balqis Binti Azam dalam kenangan 1993-2008 Al-Fatihah
untuk dia… gambar dia maybe aku upload next post ke :)
Wassalam
Dari Pemuda Biasa
Selalu termenung tapi
banyak berfkir dan suka berkarya.. :):):):)
No comments:
Post a Comment